Thursday, May 28, 2009

RAYUAN DERMA PEMBINAAN MASJID


Assalamualaikum...


Makluman pembaca, gambar ini adalah tapak cadangan pembinaan masjid yang telah ditambak dan diratakan.
Kami ahli kariah RPT Batu 4, Tambun, Ipoh, Perak merayu kepada semua penderma agar dapat sama-sama merialisasikan pembinaan rumah Allah ini. Keinginan dan cita-cita ini telah lama wujud namun sehingga hari ini belum tercapai.


Walaubagaimanapun, usaha sedang giat dijalankan dan pihak kami juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penderma yang telah menyumbang.


Amat diharapkan agar semua umat Islam didunia yang membaca blok ini dapat mewawarkan kutipan derma ini dan menyumbang ke arah mempercepatkan pembinaan masjid ini.


Adalah tidak benar dan tak mungkin kita umat Islam di dunia tidak mampu membina masjid sendiri memandangkan umat Islam zaman ini Allah telah curahkan rezeki yang melimpah-ruah.


Sama-samalah kita bersatu padu tanpa mengira kaum, budaya, fahaman politik dan apa juga penghalang kerana kita telah diserata dan di satukan oleh Allah dibawah satu agama iaitu Islam.


Akhir kata saya berpesan kepada diri saya dan sebagai renungan pembaca dan ingatlah kata-kata ini ' berjuta kata hanya mampu meruntuh tetapi sekali bertindak mampu membina '.


pen/asrima





H1 N1

Jumlah kes influenza A H-One-N-One di seluruh dunia kini melepasi paras 5 ribu. Demikian menurut data terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (W-H-O). Tiga lagi negara merekodkan kes pertama wabak maut itu. Perkembangan tersebut membimbangkan pelbagai pihak yang terjejas teruk khususnya dari segi ekonomi. Terbaharu, Mexico mula menyuntik berbilion dollar dana kecemasannya ke dalam ekonomi, ekoran pembatalan kemasukan pelancong asing. Di wilayah Cancun sahaja, 25 bush hotel dan pusat peranginan ditutup setakat ini. Mexico merupakan negara kedua paling teruk terjejas dengan 2 ribu 59 kes dicatat manakala 56 kematian dilapor.

Di Amerika Syarikat, kes H-ONE-N-ONE mencecah angka 3-ribu-2, berbanding 2-ribu-600 kes yang dilaporkan sehari sebelumnya. Pihak berkuasa tidak menjangka pertambahan mendadak kes jangkitan. Dalam taklimat harian, Pemangku Penolong Pengarah Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit, Anne Schuchat berkata wabak itu sudah menular ke 44 negeri, termasuk District of Columbia. Beliau tidak menolak kemungkinan, kesemua 50 negeri di Amerika Syarikat akan dilanda Influenza A.

Dalam pada itu, pihak berkuasa China melaporkan kes kedua yang disyaki H-ONE-N-ONE. la melibatkan seorang pelajar berusia 19 tahun yang baru pulang dari Mexico. Dia kini dikuarantin di sebuah hospital di Jinan. Keputusan penuh ujian sampel darah lelaki terbabit akan diumum dalam tempoh terdekat.

Dalam perkembangan lain, Presiden Mexico Felipe Calderon menafikan dakwaan, kononnya kerajaan menyorokkan fakta mengenai penularan virus H-One N-One di negara itu. Tegas beliau, pihak berkuasa mengambil pendekatan yang telus sejak hari pertama virus maut itu dikesan. Segala langkah pencegahan, kawalan dan pemantauan disegerakan. Keutamaan kerajaan ialah memastikan kesihatan dan nyawa rakyat sentiasa dilindungi.
Mantan Presiden Cuba, Fidel Castro sebelum ini menuduh Mexico tidak memaklumkan kepada negara-negara lain tentang penularan wabak Influenza-A di negara itu.

Sementara itu, 3 pasukan bolasepak wanita dari Jepun membatalkan perlawanan persahabatan di Amerika Syarikat dan Kanada ekoran kebimbangan terhadap wabak H-One-N-One. Presiden Bola Sepak Amerika Syarikat Sunil Gulati berkata, sekalipun dimaklumkan bahawa risiko dijangkiti adalah rendah, pihaknya merasakan lebih baik tindakan berjaga-jaga dilaksanakan. Di Jepun sendiri, 3 kes wabak berkenaan disahkan hari Ahad lalu. 3 orang pelajar yang pulang dari Kanada diuji positif.
((AFP))